Thursday, January 5, 2012

pilihan hati dan akal

bila kite hanya diberi 2 pilihan.. apakah pilihan yang terbaik..??
bila kedua-dua pilihan membuatkan hati tersepit..antara sayang dan kecewa, 
apa pilihan aku..?? terus begini atau pergi..??
buat keputusan berdasarkan akal, jangan ikutkan hati...
bila akal berfungsi, akal bertanya kepada hati::masih adakah sayang...??
hati memulakan bicara:: hati tiada yang berubah, masih seperti dahulu. tapi hati celaru dengan keadaan. hati ingin seperti dahulu...sentiasa bersama dan sentiasa ada.kenapa keadaan harus berubah?
akal sambung bicara::setiap yang terjadi di dunia ini, takkan ada yang hanya mendatar, perlu ada perubahan kerana setiap perubahan itu memberikan hati kekuatan dan lebih bersedia.
hati mengecil::kenapa dia seolah-olah pergi dan menjauh.?
akal memujuk:: hati, kadang-kadang akal yang bersalah sebab akal yang berfikir apa yang tidak sepatutnya. dalam keadaan akal celaru, akal hanya fikirkan keburukan. akal tak betah tanggung sendiri, sebab tu hati rase tersisih.
hati meluah lagi::tapi kenapa tak seperti dulu..?? kenapa bila hati dan akal meluahkan segalanya, responnya lagi menyakitkan..??
akal sedaya upaya memujuk:: hati, bila perkara yang sama diulang berkali-kali, akan timbul jemu dalam hati orang. kita hanya nampak keburukan, fikirkan apa yang telah dilakukannya. 
hati mula menangis::habis, hati tak jemu bersabar dan menunggu?hati penat sendirian..katanya yang terbaik tapi hati rase tak..hati sakit!
akal hilang kata-kata namun tetap berkata:: hati, hati yang memilih jalan itu. jangan penah mengeluh. hati tahu apa hati yang di sana merasa..?? hati disana pun tak tahu apa hati merasa.hati, hati perlukan akal bile berkata-kata. kadang-kadang tak semua benda kita boleh luahkan dan bercerita..di situ lah gunanya akal. hati penah sedar kesalahan hati.? jangan pentingkan hati sendiri. biarkan hati bicara sendiri. kalau betul adanya cinta di dalam hati 2 insan, pasti akan ada jalan penyelesaian yang baik. hati, sedarlah cinta itu tak selalu membahagiakan. pasti adanya duka.


akhirnya hati dan akal hanya kaku. kenapa harus buat pilihan sendiri..?? kenapa harus fikirkan semua ini..?? kenapa harus melebih-lebih..?sikit-sikit sudah. bersabar dengan setiap perubahan kerana kesabaran itu tinggi nilainya. jika ditakdirkan bersama, berbahagia la. jika penghujungnya duka, terimalah hakikat sebuah kehidupan pasti ada perpisahan. yang pasti hati tetap kekal begini, sentiasa ada sayang! hati berterima kasih kepada akal kerana berfungsi untuk menasihat even kadang-kadang annoying! maafkan hat dan akal kerana menyakitkan kau! tiada siapa mengetahui apa di dalam hati....



by::cik chachers
a.k.a assez.chachers

No comments: