Sunday, May 11, 2014

entry kosong

Assalmualaikum..

Sekian lama meninggalkan dunia blog, kini aku kembali tanpa idea. Tiada perihal ingin aku coretkan..

Berkenaan politik ke? Bukan minat aku tapi harus juga aku ikuti perkembangannya.. Berkenaan ape? Kos hidup naik? Mane mane negara pun akan mengalami kenaikan kos sara hidup cuma tidaklah terlalu drastik. Biasalah.. Negara menuju ke arah pembangunan.. Pemimpin menjalankan tugasnya. Harapannya tidaklah membebankan rakyat..

 Berkenaan ape lagi? kualiti moral rakyat kita? Terlalu banyak kes pembunuhan. Dari kes kanak-kanak sehingga orang tua.ada kes anak yang bunuh ibu bapanya sendiri. Semua untuk kepentingan sendiri.kualiti moral dan sivil semakin rendah.setiap hari berlaku pembunuhan.
Nauzubillah...
Minggu lepas, sedih hati terbaca kisah mayat seorang bayi ditemui dalam bekas 'flush' tandas. Astaghfirullah hal azim. Apa dosa bayi itu..? Salahkah dye dilahirkan.? Siapa yang melahirkan.? Tergamak manusia melakukan perkara itu..
Tidakkah manusia yang melakukannya dihantui rase bersalah. Aku pohon aku dijauhkan dari perkara tersebut..
Tidak aku berkelayakan menyatakan apa yang terjadi.. kerana manusia punya cara, punya hidup sendiri.
Telah ditentukan oleh-Nya.

Semoga ALLAH merahmati hidup kita sekalian hamba-Nya..