Wednesday, December 14, 2011

Wednesday, December 7, 2011

Monday, December 5, 2011

chacherss


happy monthsary


by::cik chachers

Thursday, December 1, 2011

Tipuu…!!! Alamak! Kantoi

Cikgu Kamal Adli:     Justin Bieber, kenapa tak datang kelas semalam?
Justin Bieber:               saya selesema, cikgu!
Cikgu Kamal Adli:      ada MC tak?
Justin Bieber:               alaa.. selesema je,cikgu. Takkan nak pergi klinik. makan soluble, pahtu tido. Sihat la, cikgu. Itu yang dapat datang kelas hari ni.
Cikgu Kamal Adli:      Baiklah. Alasan diterima.
Mail Lambung:              (berbisik) semalam bukan kau date dengan salema gomez ke? Bila pulak kau selsema?
Justin Bieber:               semalam aku lambat bangun la. Sebab tu tak datang kelas.
Cikgu Kamal Adli:      (buat muka selamba) JB, I hear that and I saw you yesterday.
Justin Bieber:               (tepuk dahi)
Mail Lambung:              ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha…!!!

Eh..?? da kenape cik chachers merapu tetibe JB boleh cakap melayu,kan? Kamal Adli plak sejak bile jadi cikgu..?? haish! :P
Well…!! Saje jewp buat mukaddimah dengan cipta dialog sendiri. Entry ni sebenarnya nak cakap pasal kes menipu jewp. Macam kes atas tu.
Tak tahu la anda penah menipu atau penah ditipu. Yang pasti kes-kes tipu ni selalu terjadi dalam kehidupan manusia.
Macam orang buat direct selling tu. Cakap pum pang pum pang.. barang dye la terbaik, yang sempurna. Tak ada cacat celanya. Barang ni tak pernah ada kat tempat lain la.. Gerenti beres.. macam-macam ayat dye cakap sebab nak yakinkan pengguna nak suh beli ni. dah beli, tak sampai setahun, da rosak.
Contoh lain iklan kat televisyen, macam iklan produk kecantikan. Sumer memberi kesan bagus. Jarang orang akan Nampak tulisan kecil setiap kali iklan macam ayat *kesan berbeza pada jenis kulit. Tak tahu la ini dikira menipu atau tak. ehehe!

Tipu la kalu aku cakap aku tak penah menipu. Maknanya aku pun penah menipu. Tetibe entry ni nak keluar dari otak aku malam ni sebab baru sahaja terbongkar satu rahsia tadi. Tapi aku dengar dari mulut orang lain. tak tahu la mulut orang lain tu menipu jugak atau tak. Empunya badan masih tak tahu menahu yang penipuan dye dah terbongkar. Penipuannya bukan besar mana pun.
Sebab penipuan yang kecik tu la otak aku ni nak merapu.. ehehe! Motifnya aku nak cakap. Menipu la sekecil kuman atau sebesar gajah, suatu hari nanti pasti terbongkar jugak. Yang menentukannya hanya lah masa iaitu cepat atau lambat sahaja. (bercakap berdasarkan pengalaman ditipu dan menipu.. ahaha!)


Untuk mengelak rasa bersalah sebab dah menipu, biasanya seseorang tu akan bagi alasan ‘tipu sunat’. Aku tak tahu la ada ke tak term tipu sunat yang sebenarnya. Setahu aku, dah nama tipu, tipu jugak la. :p

Ada juga alasan “menipu sebab nak jaga hati”...
Bagi aku ada betul dan ada salahnya juga ayat ni. Untuk menjaga hati seseorang, kene tipu sikit sebab kebenaran kadang-kadang menyakitkan tapi, tapi dan tapi fikirkan jika penipuan itu terkantoi. Lagi sakit oke! Tambah-tambah lagi sakit jika terkantoi dari mulut orang lain. Masa tu bagi la alasan nak jaga hati ke, nak jaga jantung ke, nak jaga limpa ke, senidiri mau ingat la.. bila orang tak percaya da kat koe, jangan la koe menangis pulak..!!! dan pabila orang tipu koe, dan memberi alasan yang sama pabila terkantoi, rasa la sendiri..(ayat kejam. Ehehe!)

Tapi lagi, hakikatnya kita tak tahu niat apa seseorang itu menipu. Yang terlebih hakikat, setiap penipuan akan terbongkar juga. Malas la nak bagi peribahasa “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.” Sebab sumer orang da tahu peribahasa tu. Da tahu tapi buat juga,kan? (aku cakap dengan cerminkah? ehehe!) aku bagi peribahasa ni la “kain basah, even tak jemur bawah cahaya matahari, lama-lama kering juga” ehehehe! (credit to kain dijemur bawah kipas..ahaha!) fikir-fikirkan dan Adiosss…!!!! :P



By::
Cik Chachers a.k.a
Assez.chachers

aku bukan tomboy

aku nih jarang nak tengok movie kat panggung...mase study dulu ade kengkawan yang suke download movie..bile da balik umah, adex aku pulak jenis suka ambik movie dengan kawan-kawan die.. tambah pulak kat kelantan mane ada panggung,kan? hehehe..

movie terbaru yang aku tengok adalah citer ni la.. "aku bukan tomboy".. citer dye agak kelakar la.. satu panggung tu memang sumer gelak jewp la..watak yang paling aku suka of course la scha dengan sam.. tapi citer dye takde kesudahan gak. scha tak pilih sape-sape pun.haish!
post ni buka la aku nak citer pasal citer aku bukan tomboy ni.. sebab aku tau sumer orang boleh tengok citer tu. post aku ini bertujuan untuk nak sematkan memori aku gi tengok citer ni nan sumone. aku nan  sepet ni susah nak jumpa..so, setiap apa aku lalui dengan dye, aku kenang...hahaha.. (jiwang dowh)

pada 17 november tu..
sepet:: hari ni nak gi mana? nak ikut i gi keje tak?
aku:: nak...!!!
sepet:: nanti i amex k. you siap2 tau. i amex dalam kol 9.30
aku pun siap-siap la.. pahtu dye cakap da kat depan umah.aku kuar la..kitorang gi on9 dulu..
then aku follow dye gi keje.. da siap keje, dye ajak jejalan. pahtu tetibe dye ajak tengok movie. oke aku layan. bile dye kate aku nak tengok citer ni, aku folow la jugak... well hari tu tersangat a heppy sebab dapat jejalan nan sepet. mase dalam panggung pun kitorang tak kering gusi sebab gelak banyak sangat. tapi sian sepet.. tutup muke bile oramg tengok dye mase dalam panggung tu.. (sepet, i tahu you paham kenape and ape maksud i. hahaha!)
newey to sepet:: thanx for spending tyme together with me. and than for everything specially your sacrifice yang dah macam-macam.  insyaallah ada peluang kita jumpa lagi..!! see you s0on, dear..!!

by::
cik chachers 

Wednesday, November 30, 2011

my blog is my right

ello...!!! ollaa...!!1
asslamualaikum... rajin pulak aku mengepos blog dalam 2 hari ni,kan? well..!! internet depan mata..hehehe... tetibe tajuk entry aku macam nak marah,kan? takdelah.. sesajewp jer aku wat gempak..!! mintak puji bak kata si sepet..hehe..
kadang-kadang apa yang kita post kat facebook ade yang terasa macam kita tujukan post iti pada mereka. pada hakikatnya kita tujukan kepada diri sendiri. tipu la kalau takde post untuk orang lain. ada memang la ada tapi orang yang dituju tak pulak terasa. orang lain pulak yang terasa,kan? aku pun selalu terasa seakan sesuatu post itu untuk aku. mula la aku sentap sorang-sorang. pahtu mula la tak bertegur. huhuhu...
dalam blog aku ni, aku selalu merapu dan membebel kat sini. apa yang aku rasa nak merapu, aku merapu dalam ni. tipu la kalau takde insan yang terasa dengan rapuan aku. aku tahu ada. apa yang aku merapu dalam ni bukan la niat nak menceritakan keburukan orang. kebanyakan aku ceritakan tentang kejadian yang terjadi pada aku. tapi tak la aku mention diri aku sendiri. aku lebih suka jadikan blog adalah tempat untik aku bercakap pada diri sendiri. yup! ia semacam aku bercakap pada orang lain. 
dulu apa yang aku nak post, aku berfikir dua tiga kali... takut-takat ada orang yang akan terasa dengan rapuan aku nih. sudahnya blog aku bersawang la,kan? 
aku post la apa yang aku rasa nak post tapi hanya berkaitan dengan diri aku sahaja la..
so, sekarang akau nak mintak maaf la dengan sesape yang terasa post aku seakan menuju kepada mereka. bukan takde. memang ada la post-post aku akan ada untuk orang-orang yang bakal ditujukan tapi tak payah la sentap sangat yer.. aku bukanb jenis bercakap face to face. memang tak la kan? so, blog adalah tempat untuk aku bercerita. bukan nak cerita seluruh dunia.paling tak korang tahu apa yang aku rasa.
hua hua hua!
ntah apa-apa post aku,kan? ada aku kisah..??
sometimes we need to be selfish.. yeahh..!! aku da balaja jadi selfish! hihihihi





by::
cik chachers a.k.a
assez.chachers

karma and people

Hello…!!! Olla…!!! Blog ini sudah bersawang ker..?? huhu
most People knoe bout karma. Seperti satu term yang sangat femes dan selalu disebut oleh kawan aku “what you give, you get back”. Tak perlu lah aku nak explain dalam bahasa melayu, kan..? Allah akan memberi ganjaran yang setimpal dengan setiap perbuatan kamu. Mungkin berlipat kali ganda. Pada aku, kerana itulah adanya karma. Apa yang kau lakukan pasti ada ganjaran. Baik perbuatan kau, baik la pembalasan kau terima. Begitulah sebaliknya. 


Pernah seseorang bertanya kepada aku “do you believe karma?”
Yes, I do. Sebab aku pernah melaluinya. Walaupun perbuatan aku tu di luar kesedaran aku, aku telah menerima pembalasannya. Malah berkali ganda. Tapi ini bukanlah alasan kenapa aku suka lagu karma by cokelat tu.(eppy’s name appear in my mind right now..ahaha!) Tipu kalau saudari yang bertanya tidak pernah melaluinya kerana saudari sendiri tidak menyedari yang saudari sedang menghadapi karma dengan setiap perbuatan saudari dulu. Malas aku nak cakap banyak. Boleh pikir sendiri..da matang,kan?
 

Selalu ada keluhan “life is unfair” apabila ditimpa masalah. Berfikirlah sejenak perbuatan dahulu. Setiap pembalasan bukan sekali tapi berganda. Jika anda melakukan kebaikan, bergandalah kebaikan yang anda akan terima. Setiap kejadian atau ujian yang terjadi pada diri kita adalah pembalasan dunia. Berikan fikiran untuk berfikir sejenak, pernahkan anda melakukan perbuatan yang sama dengan apa yang anda lalui ketika ini terhadap insan lain…?? Mungkin kita lupa atau mungkin kita sendiri tidak sedar kita melakukan perkara tersebut. Karma tidak semestinya pembalasan dari orang yang merasa macam anda. Mungkin dilakukan dari insan lain.
 

So, before you said “life is unfair”, you should thinx “did you doing fair to your life?”
adioss...!!! :p



 
By::
Cik Chachers a.k.a
Assez.chachers

Saturday, October 22, 2011

new update

assalamualaikum... :)
hello...!!! olla...!!
firstly thanx to all yang sudi membaca rapuan saya.. :) itu bukanlah tujuan sebenar saya SIGN UP this blog. sekadar menjadikan blog tempat untuk merapu sendiri. bukan untuk bacaan umum. tapi hakikatnye blog adalah untuk bacaan umum,kan..?? ape-ape saje la,kan..? :P
 im currently no really addicted with faceb0ok. twitter tak payah cakap memang aku sign up pahtu abaikan jewp... ngeee....but if ade masa, aku still online faceb0ok. bukan lah tidak online terus. lagi malas nak online bile FB aku kene HACK. takpe lah. malas nak cakap banyak....:) aku pom kekeringan idea untuk entry baru di blog neyh


minggu ni memang sakan aku dok umah. sikit pom tak keluar gara-gara sakit kaki, bengkak dari lutut sampai kaki tu. last week aku cuti 2hari + cuti minggu 1 hari. pergi keje 2 hari, kaki aku kembali sakit malah makin teruk sakitnye even bengkak da kurang. padahal cuti 2 hari tu aku da ambik ubat kat klinik + dah berurut. minggu ni aku dapat MC 2 hari + dapat ubat lain pulak. ingat nak cuti masa MC je. bile pagi nak pegi keje, kaki aku tak boleh nak berpijak. sekali lagi aku berurut tapi dengan orang lain pulak. dengan harapan petang boleh la kot aku masuk keje. kecewa lagi bile kaki still sakit sampai hari ni. tapi bengkaknye beransur oke.. alhamdulillah... harapannya hari isnin boleh la aku kerja...


kisahnya boleh sakit kaki gara-gara kerusi lembik, kotak berat...:P
punyer la aku getek nak angkat sendiri kotak kasut yag berkilo tu sorang-sorang. dah memang kerja aku,kan..?? pah tu boleh pulak jatuh sebab licin kat simen rumah.dalam seminggu tu saje berapa kali plak aku hampir-hampir jatuh moto..
al kisahnya memang aku "tebolah".. dari zaman sekolah sampai sekarang, memang asyik jatuh jewp. :p
longkang dengan tangga sekolah dan asrama tu memang tempat aku sentiasa kenang.. well tempat jatuh lagi kan dikenang,kan..?? :p


aku tak la rase berapa excited sangat nak ke konvokesyen bile planning dah berubah. alhamdulillah kesabaran masih ada dalam diri aku. :) newey billion thanx to my sis and bro yang support my convocation.. hwa hwa hwa.. yeay!!! im goanna graduate even result not so G0od..!! but im proud sebab da abes study.. ngeee....
rindu shah alam... so, nak buat perkara yang da lame tak buat untuk diri aku bile ke shah alam. perkara ape,kan..?? jejalan jewp la.. tapi terhad perjalanan aku sebab aku ke shah alam 3 hari jewp. peluang berjumpa kengkawan.. aku rind0o korang neyh.. :P 


hokey... abes da.. :P
ape yang aku sedar minggu ni... tak perlu lah memberontak apabila ke convocation tanpa orang yang diingini..sebab kau masih ade peluang berjumpa. masih ade insan yang lagi sedih ke convocation tanpa insan yang diingini sebab dah kehilangan dan tidak lagi dapat bersua muka. 
salam takziah to my exr0omate, JUJUE..!!!  


by::cik chachers
a.k.a assez.chachers

Wednesday, October 19, 2011

bifday wishes

hello...!!! ollaa..!!!
epy bifday to me...
epy bifday to me....
epy bifday to myself...
epy bifday to me.....
ha... i'm already 2* years old..:)
syukur diberi peluang melihat bumi sepanjang 2* tahun ini..
wishing myself best of luck..

dear frens & family...
THANX for the wishes,,,,
sayang korangs sume2.. hihihi...
tak mampu nak reply semua kat wall :P

newey, like justin bieber video :p
thanx, frenz :)



on my bifday, im craving BLUEBERRY CHEESE CAKE...!!!!

nyum..nyum.. nyum... dap nyer.. 
can't wait..hehehe... even not on my bifday.. :P

newey, thanx to all for the wishes..
saya sayangs kawan-kawan saya :)

by::cik chachers
a.k.a 
assez.chachers





Tuesday, October 4, 2011

im not student anymore

hello...!!! ollaa...!!!
wah...!!! da lama tak update blog.
currently aku da jadi full time keje.. bukan lagi pekerja part time macam zaman student dulu..hoohoho
but aku bukan lah serius nak kerja kat HOME U tu untuk selamanya..
it just work sementara.. daripada aku dok kat rumah, goyang kaki, besarkan badan, baik aku keje...
well staff HOME U pon best. macam-macam kerenah...
mesra, kelakar, caring like family :P

perjalanan hidup aku panjang lagi. 
terlalu banya perancangan dalam kehidupan aku..
semoga ALLAH permudahkan.

my dreaming of job..??
hurm.. aku ambek bahagian perpustakaan..
tapi adakah aku akan bekerja di perpustakaan..
orang kata apa yang kita belajar, tak semestinya itu yang kita kerja..
dulu aku ada cita-cita nak jadi pilot...
ahaha! funny sangat cita-cita tu sebab ketinggian aku membataskan segalanya..:P
kemalasan aku juga punca utama.. etchinx..:P

buat masa sekarang, aku mengimpikan kerja yang membolehkan aku travel..
mesti best,kan..?? berjalan-jalan sambil bekerja..
dapat tengok tempat orang. tengok keadaan orang..
tapi mampukah aku..??
well.. da namanya dreaming of job,kan..? :P
if i can be what i want.....
ahaha! 
...............................................................................................
<tetibe lost idea untuk menulis... have a nice day,people :) >

by::cik chachers
a.k.a assez.chachers

Sunday, September 18, 2011

talking to the m0on


I know you’re somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think I’m crazy
But they don’t understand
You’re all I have
You’re all I have
At night when the stars
Light on my room
I sit by myself
Talking to the moon, tryin’ to get to you
In hopes you’re on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon
I’m feeling like I’m famous
The talk of the town
They say I’ve gone mad
Yeah, I’ve gone mad
But they don’t know what I know
‘Cause when the sun goes down
Someone’s talking back
Yeah, they’re talking back
At night when the stars
Light on my room
I sit by myself
Talking to the moon, tryin’ to get to you
In hopes you’re on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon
Do you ever hear me calling?
‘Cause every night
I’m talking to the moon, still tryin’ to get to you
In hopes you’re on the other side talking to me too
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon
I know you’re somewhere out there
Somewhere far away
by::cik chachers
a.k.a assez.chachers

new schedule


Sepet
me
7am
you, I da balik. Nka siap2 jap.. lewat dah I ni
oke. Da siap, text I k.
8am
you, I nak gerak g keje dah. You buat ape?
Oke. Hati-hati drive. I baru nak bersiap
8.30am
I da sampai ofis. da breakfast..?
I baru siap. Jap agi nak gerak.dah. you da breakfast?
9am
<bz kot>
I da sampai pat keje
11am
I nak balik tidoe jap.. ngantuk la
<keje xleh bawak fon. Nak text kene sorok2>


12pm

you da lunch..??i baru rehat ni..
1pm
sory. I baru bangun. You da mkan?
<aku da masuk keje.>
<text soro-sorok tapi sejam, 1 keping. adehh>
4pm

I da rehat. You buat ape?
5.05pm
you, I baru bangun. You da masuk keje ek?
<text sorok2 gak>
11pm
I da kat tempat keje. You da balik?

11.20pm

I baru sampai umah.

<call n text>

2am
you, esok nak keje,kan..?? tidoe la. Cyan you
bha2.. gud nyte















p/s::mase berubah ikut keadaan. Ini hanya lah contoh.. :P
by 18 sept. fon da takleh ade kt dalam poket..huhu
aim of work::nk kurus lagi..haha

wow!! Apakah..?? tak tahu sampai bila akan macam ni kan,sepet..?? adeh.. hope tak berpanjangan..masing-masing ade life sendiri da.. :)
ni tok you ::


by::cik ckackers
a.k.a assez.chachers 

Thursday, September 15, 2011

saya mengepexs

nok ngepek nih..!!  kalu tok ngepek gak, tok jaddi..!! koho sak ghi, koho berat.. koho ska ghi koho berat.. wahai kakak-kakak dan abang-abangku sekalian.. zame sudoh beruboh.. cagho pom sudoh beruboh..

kito dolu-dolu gi skoloh jale kaki jah.. jale ghamai-ghamai kelik skoloh.. kalu jupo upih pine gak, pakak letok beg atah tu, pakak tarik sapa di umoh.. suko nyo..
budok loni..??  kalu basikal xdok angin gak, g skoloh nan moto. nok keno ado ore ata & ambex..
xpo lah.. normal la.. loni oghe naik jet doh.. tapi kakak-kakak & abe-abe sayo sekalien..buke hok tu ambo nok ngepek sini neyh...

ni adex-adex kito ni...tok supo doh nga kito dulu..g skoloh asrama, xsei doh naik bah..nok keno ado oghe ata jugok... kito dulu gak, dok berebuk jah nok naik bas. po kakja g MRSM dulu.. jale jauh baru sapa.. supo la nan ambo pom...kak ye hok haluh tu pom g shah ale sidiri...tapi gak jolo la nan ayat abah.. "dulu xdok keto. loni ado keto, nok la tupe-tupe demo." bulih trimo lagi...
hok ni hok ambo nok ngepek sunggoh ni.. kito dulu gak,, nok buat gapo pom, tanyo mok abah dulu.. kalu mok abah kato JANGE..!!! kito tok buak.. ko guano..???
adex-adex kito dok gitu... stail buak, pah tu susuk.. kalu mok tahu gak, sek dyo wat tak tahu doh la..nok ghoyaknyo bezo kito dulu nan adex2 kito loni, dih..??? ahaha! 
tak po lah.. lain orang, lain caranya.. keadaan suda berbeza..abah kata "mano bulih samokan dulu nga loni.." oke, abah :) ahaha! sesajewp post sebab boring :P
semoga adex-adex saya berjaya di masa hadapan...
ame & mc yah::jange sep mum lupo kami sudoh la..:P
saya berterima kasih kepada MAK & ABAH sebab da sediakan segalanya kepada KAMI semua..:)

by::cik chachers
a.k.a assez.chachers

Saturday, September 10, 2011

the post

i have no idea to post 
either in my BLOG or my FACEB0OK

::bored::

by::cik chachers
a.k.a assez.eclipse

Thursday, September 8, 2011

im jobless

aku tidak betah berada di rumah sahaja tanpa bekerja
currently searching for a job :)

Monday, September 5, 2011

cinta jangan marah


Cinta jangan marah
Bila ku bertanya
Tentang siapa sebenarnya
Dia..
Cinta bukan aku
Tak percaya kamu
Kecemburuan hatiku ini
Karena ku sayang kamu
Cinta..

Kau bilang teman biasa
Tapi ku tetap curiga
Dan memang aku tak suka
Bila kau dekat dengannya
Katakan saja padanya
Dirimu aku yang punya
Karena sungguh ku tak suka
Bila kau dekat dengannya

Kau dekat dengannya
Kau dekat dengannya


Saturday, September 3, 2011

perumpamaan tunggul :P

hey bloggers & readers...!!!
tetibe malam neyh nak bercakap perihal tunggul...!!! lets read it :)
tunggul..!!! sape tak tahu,kan..??
ade kat tepi-tepi jalan atau tepi-tepi semak,kan...???
jarang akan perasan kewujudan tunggul muncul di satu-satu tempat.. kalau ada yang perasan pom, tunggul itu dipandang sahaja... tunggul tu kan takde perasaan.. erm.. same goes with some people.,kan..?? menjadi seperti tunggul.. dilayan macam takde perasaan..

tunggul,
kalau ade yang perasan pom, tidak akan dibuang atau diambil.. manusia pom..ade yang dilayan sebegitu..:) contoh si isteri yang digantung tak bertali. nama sahaja isteri tapi tak dilayan macam seorang isteri. seolah dye tiada isteri..si isteri pula  masih terikat dengan tali itu.. tidak mampu berbuat ape-ape. hanya mampu menunggu :)

tunggul,
kalau ade yang tersepak, tunggul yang dimarah... salah sendiri tak nampak tunggul, tapi tunggul yang jadi mangsa.. macam manusia.. salah sendiri tapi lebih banyak marahkan manusia lain.. padahal kawan disebelahnya yang menolak sehingga dye tersepak tunggul, tapi tunggul yang hanya diam itu menjadi mangsa amarah..!! padahal tunggul itu setia menanti..

nak samekan diri seperti tunggul buat mase sekarang bole..??
eh..??asal jiwang + emo memalam ni,kan..??emosi lebih sikit sebab tak berapa sihat..!! :P
tidak dituju kepada sesiapa..!! hanya rapuan diri sendiri sebelom tido.!! nunyte people :)
motif letak gambar adex nga termenung berbaju raya..?? 
kununnyer aku sedang termenung sebegitu la kowt, kan..?? :P

by::cik chachers
a.k.a assez.chac