Saturday, July 21, 2012

dendamkah aku?

assalamualaiku...!!

fisrtly, SALAM RAMADHAN.. esok da puasa. im excited. :)

sekian lama aku tinggalkan tempat untuk aku merapu ni... nak kata busy, takde la sangat. nak kata takde benda untuk aku merapu, tak la jugak.  yang pasti aku sangat bersyukur. sangat-sangat bersyukur diberi kesenangan. alhamdulillah aku dah tak payah bersesak naik public transport. tak payah bangun seawal 5 pagi kalau kerja pukul 9 pagi.. alhamdulillah :)


emm..! semalam joining my housemate makan BBQ steamboat kat Cheras.. seriously puas hati berbanding yang penah pergi sebelum ni.harga pun beza 3, 4 ringgit jek. steamboat ni da macam rutin bagi kami. sejak zaman belajar lagi. ada event group kami, steamboat jadi pilihan.:)


semalam pertanyaan bestie aku membuatkan aku berfikir sampai sekarang. sape tak teringat pada kawan baik sendiri. kawan yang sentiasa ada mase susah dan senang pada satu masa dulu.. tapi itu dulu. sekarang, patut lagi ke aku ingat lagi.? patut ke aku panggil kawan lagi.? mungkin sebab dulu aku diam, tidak mengeluarkan sebarang pendapat, berdiam diri lebih baik pada aku. tapi akhirnya, bila aku mula menyatakan sesuatu, kau hentam, kau perli kat FB. aku tak tahu apa yang kau cerita lagi pada orang.


aku ambik keputusan untuk diamkan diri masa kawan-kawan lain luahkan tak puas hati. sebab aku tahu kau tension dan aku pun tak nak tambah tension kau. bila dah reda aku pulak mintak maaf. niat hati nak terus terang perkara yang sebenar. aku tak rase aku ada masalah nan kau. kalau sebab aku tak teman kau makan hari-hari lepas balik kerja, benda tu aku tak rasa aku salah. kau nak kata aku buat cerita, kau silap. sebab kau yang tak ingat apa yang kau cakap. benda ni bukan pertama kali jadi. aku berani sumpah benda tu. masa aku mesej tu, aku mesej bagi pihak aku sorang. tapi KAU balas macam bagi pihak kami.! sumpah aku nangis masa tu.menangis sebab kau tak nampak salah kau. kau asyik salahkan orang. kau EGO! kau fikir kau je betul. ! ya! kau memang selalu tolong aku dulu.! tapi tak bermakna kau boleh pijak kepala aku! kau boleh buat apa sahaja yang kau suka pada aku! aku decide untuk diam lepas tu. malas nak bertekak sebab kau takkan mengaku salah kau.!


bila aku buka FB, kau perli ayat yang aku mesej kat wall kawan kau!. sumpah aku sentap. lagi sentap bila betina tu post kat wall kau tambah perli dengan ayat aku. yup! aku da benci betina tu dari awal sejak dye tuduh aku hasut kau! lepas dye cakap kurang ajar dengan aku  walaupun aku da cakap baik-baik nan dye. lepas tu dengan muka tak malu datang tido kat bilik aku.! huh!


bila orang tanya, penah tak aku ingat kau..? aku memang ada ingat tapi dengan cepat aku tingkah fikiran aku... "tak guna ingat orang macam kau! tak guna ada kawan mcm kau". aku akui kau banyak tolong aku dulu. hari tu, kau dengar cerita sebelah pihak. kau dengar cerita pasal kejadian dalam rumah tu dari betina tu jek. kau sendiri tahu mulut betina tu. kau sendiri pun penah kene. berkali-kali kot.orang takkan kurang ajar kalau betina tu tak kurang ajar. da masuk rumah orang, tak tahu nak hormat orang. kalau dye kurang ajar nan aku, memang la aku diam. tapi hari tu dye kurang ajar nan orang yang salah. nan orang yang mulut lancang jugak. nasib la!


aku tak rasa aku dendam. tapi aku takkan dan tak dapat maafkan kau.! sebab aku rasa tak guna aku nak maafkan kau.. kau sendiri pun tak penah sedar nan apa orang buat baik pada kau.! setelah sekian lama aku diam, malam ni aku lega...



by:
assez.chachers


Saturday, July 7, 2012