Saturday, January 26, 2013

kisah adik KTM

Dengan yakin aku melangkah menyeberang laluan KTM melalui jejantas. Ini pertama kali aku jejak kaki di stesen KTM ini...tapi aku yakin laluan yang aku tuju dah betul. Aku duduk. Earphone aku sumbatkan di telinga. Train ke Laluan Batu Caves tiba. Aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul 9.12 malam. Sepatutnya laluan ke Pelabuhan Klang yang sampai. Tapi kenapa laluan sana. Aku meyakinkan diri pilihan aku betul walau hakikatnya aku tidak yakin. Seorang remaja duduk di sebelahku sambil tersenyum. aku fikir-fikir haruskah aku bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Aku hembuskan nafas lega bila remaja itu sahkan laluan aku betul. Kemuadian dye mula berbicara. Dalam masa 7 minit, aku tahu tentang keluarganya kerana aku yang bertanya. Emaknya tukang cuci, ayahnya pengawal keselamatan. Bila aku bertanya perihal adik beradik. Dye tersenyum.
"Saya sulung. Ada adik perempuan sorang." Katanya
"Adik umur berapa?"
Dye mengeluh "adik tak ada dengan kami. Orang jaga."
Aku diam. Hilang kata-kata. Reaksi mukanyatak dapat aku tafsir tapi yang pasti tak gembira.
"Umur adik berapa?" Aku bertanya lagi.
"Bulan 5 ni cukup adik 5 tahun. Dye pegi masa 3 tahun. mula-mula dye tak nak pegi tapi sekarang dye kata seronok. Adik ayah yang jaga adik kita. Adik ayah takde anak. Jadi ayah bagi adik kita. Takpe la kak. Adik pun da seronok." Aku perasan senyuman dye hambar. "Main handphone pun dye da pandai tau, kak." Dia excited tiba-tiba. Aku tak pandai nak buat tafsiran tapi mata dye seolah kesunyian.
 Aku bertanya kali terakhir berjumpa adiknya.
"Ada jugak jumpa tapi tak selalu. Dye dok perak.minggu ni cuti 3 hari, dye tak balik. Mak n ayah pun keje. Tu yang saya nak pegi rumah atuk." Jelas remaja perempuan tu.
Tren sampai. Kami naik melalui pintu yang berasingan. Aku memandang remaja itu.
Dalam hati aku membuat tafsiran sendiri.
Mungkij keluarganya susah. Sebab tu adiknya diserahkan kepada saudaranya. Dipermudahkan bila saudaranya tiada anak. Yang pasti adiknya bukan diserahkan kepada orang yang tak dikenali.semestinya ayah dye percaya kepada adik sendiri. Kurang lah beban keluarganya, bahagia juga saudaranya.
Tiba-tiba aku terbayang bagaimana keadaan adik nya semasa diberi kepada saudaranya.3 tahun, kanak-kanak dah mengenal dunia, dah mengenali siapa ibu bapa dan keluarga. Aku terbayang bagaimana peradaan emak dan ayahnya ketika itu. Terutama emaknya yang mengandungkan anak selama 9 bulan, yang menyusukan anak itu dan menjaga aanak itu.. hiba....
Namun, segalanya di tangan tuhan. Mungkin ini semua ada kebaikan bagi semua pihak. Semoga keluarga mereka sentiasa dirahmati...

Sekian,..,  :))

KTM Klang
11:24 PM

Sunday, January 20, 2013

team hangout part 1

Assalamualaikum......

Kita merancang tuhan tentukan. Poyo kan ayat? Huhu..
Mulanya kami merancang untuk keluar berjimba di times square sahaja. Tapi gegurls je la. Tibe2 geguys yang dengar, nak ikut pulak. Okey! Tapi geguys mane layan jimba2 gegurls. Mula la tukar nak ke bukit cerakah. Ade la pulak ramai nak ikut. Kalau da ramai, makin banyak cadangan dan bantahan. Pulakk!!! Then looks like kene cancel. Oke!get back plan gegurls nak times square je la.
Malam tu kami abih keje pukul 12 malam. Beria budak laki 2 orang ni ajak minum. Helloo!!! Kami anaks dara tak elok lepak tengah malam sampai pagi. Mula la kene bahan. Siap iringi kami sampai parking moto la. Oke, fine! Kami ikut. Minum je la. Da kata nak minum. Borak punyer borak tiba diorang 4 orang laki keluarkan statement nak hang out jugak.
Malas aku cakap banyak!! Cadangan ulu yam!! Terus aku bersuara.. yehaaa!!! Nak pegi!
I enjoy that day!! Sebab dapat berjimba dan sebab ada disebelahnya.. wakakaka...
Kami tak sempat perap ayam. Jadi paginya kami beli ayam yang dah diperap kat giant je. Ada ayam, daging dan ikan. Lepas tu kami cari cempedak goreng. Actually benda ni bese jek. Mandi air terjun dan berBBQ. Tapi yang best bile kawan-kawan kita best dan buat keadaan jadi best!!
Kami pegi 2 buah kereta tapi riuh macam 5 buah kereta. Haha..
 Best dapat  team yang macam ni... next plan BBQ steamboat plak.. tapi tak tahu la.. yang dirancang susah nak percaya jadi ke tak... hahaha
Siap ada khemah untuk kami.. wee!!!