Saturday, January 26, 2013

kisah adik KTM

Dengan yakin aku melangkah menyeberang laluan KTM melalui jejantas. Ini pertama kali aku jejak kaki di stesen KTM ini...tapi aku yakin laluan yang aku tuju dah betul. Aku duduk. Earphone aku sumbatkan di telinga. Train ke Laluan Batu Caves tiba. Aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul 9.12 malam. Sepatutnya laluan ke Pelabuhan Klang yang sampai. Tapi kenapa laluan sana. Aku meyakinkan diri pilihan aku betul walau hakikatnya aku tidak yakin. Seorang remaja duduk di sebelahku sambil tersenyum. aku fikir-fikir haruskah aku bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Aku hembuskan nafas lega bila remaja itu sahkan laluan aku betul. Kemuadian dye mula berbicara. Dalam masa 7 minit, aku tahu tentang keluarganya kerana aku yang bertanya. Emaknya tukang cuci, ayahnya pengawal keselamatan. Bila aku bertanya perihal adik beradik. Dye tersenyum.
"Saya sulung. Ada adik perempuan sorang." Katanya
"Adik umur berapa?"
Dye mengeluh "adik tak ada dengan kami. Orang jaga."
Aku diam. Hilang kata-kata. Reaksi mukanyatak dapat aku tafsir tapi yang pasti tak gembira.
"Umur adik berapa?" Aku bertanya lagi.
"Bulan 5 ni cukup adik 5 tahun. Dye pegi masa 3 tahun. mula-mula dye tak nak pegi tapi sekarang dye kata seronok. Adik ayah yang jaga adik kita. Adik ayah takde anak. Jadi ayah bagi adik kita. Takpe la kak. Adik pun da seronok." Aku perasan senyuman dye hambar. "Main handphone pun dye da pandai tau, kak." Dia excited tiba-tiba. Aku tak pandai nak buat tafsiran tapi mata dye seolah kesunyian.
 Aku bertanya kali terakhir berjumpa adiknya.
"Ada jugak jumpa tapi tak selalu. Dye dok perak.minggu ni cuti 3 hari, dye tak balik. Mak n ayah pun keje. Tu yang saya nak pegi rumah atuk." Jelas remaja perempuan tu.
Tren sampai. Kami naik melalui pintu yang berasingan. Aku memandang remaja itu.
Dalam hati aku membuat tafsiran sendiri.
Mungkij keluarganya susah. Sebab tu adiknya diserahkan kepada saudaranya. Dipermudahkan bila saudaranya tiada anak. Yang pasti adiknya bukan diserahkan kepada orang yang tak dikenali.semestinya ayah dye percaya kepada adik sendiri. Kurang lah beban keluarganya, bahagia juga saudaranya.
Tiba-tiba aku terbayang bagaimana keadaan adik nya semasa diberi kepada saudaranya.3 tahun, kanak-kanak dah mengenal dunia, dah mengenali siapa ibu bapa dan keluarga. Aku terbayang bagaimana peradaan emak dan ayahnya ketika itu. Terutama emaknya yang mengandungkan anak selama 9 bulan, yang menyusukan anak itu dan menjaga aanak itu.. hiba....
Namun, segalanya di tangan tuhan. Mungkin ini semua ada kebaikan bagi semua pihak. Semoga keluarga mereka sentiasa dirahmati...

Sekian,..,  :))

KTM Klang
11:24 PM

No comments: