Wednesday, February 27, 2013

little girl

Mahirah yasmin binti mohd yusni
25 oktober 2012

Dear mahirah, i want you to read this when you know how to read. This is about your mom...

Pada pertengahan bulan 8, ibu maeyah kene pegi hospital.. untuk check perut. Tapi  doktor sahkan uri ibu maeyah dah jatuh. Doktor bagi cuti 2 minggu pada ibu sebab ibu takleh gerak banyak... Lepas 2 minggu ibu kene datang hospital untuk check. Masa tu ibu rase sangat  susah. Ibu kata susah sorang takpe tapi ibu kata da susahkan semua orang sebab orang kene buat keje2 ibu.
Then after 2 minggu ibu g hospital nak dapatkan tarikh masuk wad dan jugak untuk check perut.  Doktor bagi ibu keje tapi next week datang balik. Tu kalau mockma xsilap. Lepas seminggu ibu jumpa doktor lagi.Mase tu doktor kata mungkin pembedahan segera kene buat sebab uri ibu masih lagi kat bawah tapi doktor tak nak sebab maeyah tak cukup bulan. Ibu kene masuk wad sampai ibu lahirkan maeyah.  Maeyah bayangkan ibu tinggal kat wad selama sebulan. 3 minggu ibu dok kat hospital KB. Dari umah maeyah sampai hospital KB  3jam lebih. Abah & abang2 maeyah payah datang jenguk ibu. Jauh, sayang. Mase tu jugak abang yusri demam. Ibu maeyah tak bagi abah jenguk ibu sebab kesian abah nak jaga abang2 maeyah.
Even bukan sehari tapi ibu nan mockmaa selalu contact. Ibu nak bercerita, dan mockmaa nak mendengar. Mockmaa nak balik tolong tapi mockmaa bukan dapat buat ape2 pun.ibu selalu nangis. Tapi ibu kata, mase dye susah tu, orang lain lagi susah dari dye.
Ibu mintak  dok hospital jeli. Boleh pergi. Abah dan abang2 maeyah pun datang jenguk sebab sejam je dari umah maeyah. Seminggu ibu dok situ.. then ibu kene masuk hospital KB balik. Sebab nanti ibu da nak bersalin.
Mockmaa nak jaga ibu maeyah lepas dye bersalin sebab mockmaa paham ibu maeyah susah..mockmaa sampai dari KL 24 oktober malam. Pagi2 25 tu mockmaa nan tok mak g hospital sebab ibu maeyah nak masuk bilik bedah kol 8.30pagi..
Ibu maeyah tenang mase mockmaa jumpa. Dye dok ngaji.
Ibu masuk bilik bedah kol 9.30pagi 25 oktober 2012. Pukul 12 tgh hari baru maeyah kuar. Ibu belom kuar lagi..
MaEyah tau tak? Ibu nak sangat anak perempuan sebab ibu boleh jadikan teman nanti. Ibu maeyah boleh pregnant 3x je sbb sumer operate.
Mase maeyah kuar dari bilik bedah, mak tok, mockmaa and abah maeyah syukur sangat bile tau baby perempuan. Kesusahan ibu mase mengandungkan maeyah diberi ganjaran yang besar. Iaitu maeyah. Alhamdulillah..
Selepas 40 minit baru ibu maeyah kuar dari bilik bedah. 2 hari maeyah kene dok dalam incubator sebab maeyah tak cukup oksigen.  Selepas hari ketiga, mockma kene balik KL sebab cuti dah habes.
Untuk pengetahuan maeyah, 26hb adalah hari raya korban. Ibu langsung tak rase raya korban mase tu. Sebab maeyah..sebab ibu lahirkan maeyah. Mockma tak dapat bayangkan secara keseluruhan ape yang ibu tanggung mase tu sebab bukan mockma yang tanggung. Tapi ibu maeyah..mockma hanya jadi pendengar je kadang-kadang. Abang2 maeyah pun ibu susah nak lahirkan. Abang yusri, ibu sakit 3 hari, angah pulak sakit ibu hanya sehari dan mase tu cuti sekolah.
Ibu susah lahirkan maeyah tapi kesusahan ibu berbayar dengan hadirnya maeyah... semoga maeyah jadi anak ibu yang baik bila besar nanti...


#hey, girl.. i miss you badly :))
Maeyah hari ke 2 selepas keluar dari incubator








By::assez chachers

No comments: