Sunday, December 2, 2012

restu mak. thanks, mak!

assalamualaikum...

salah satu kisah hidup aku yang aku rase nak kongsi dan dapat bagi pengajaran pada aku sendiri..
aku mulakan hidup baru pada pertengahan bulan 12 tahun 2010. sangat berat nak tinggalkan kampung aku. tapi ni peluang aku, then aku datang KL untuk kerja. ya.! aku tahu masa aku mula nak datang, mak aku tak berapa harap. mak.. kalau boleh nak semua anak dye depan mata sentiasa. ya aku  faham. tapi aku harus kerja untuk hidup. bukan kat kelantan takde kerja. ada tapi aku nak yang berbaloi.
satu-satu kesusahan yang aku tanggung. masalah transport nak gi kerja, masalah dengan agensi aku. aku sangat stress masa tu.
tapi aku mesti hadapi jugak. masa tu mak selalu ajak aku suruh balik kampung. kerja mana yang ada. bukan aku sombong tapi aku perlu bayar PTPTN aku.gaji yang aku dapat tu cukup makan je.
setiap hari hidup aku hanya untuk kerja. hari-hari aku sangat berat. aku mengeluh.
even aku dah ada motor mase tu, tapi aku still rase susah. aku tak tahu kenapa. masalah dengan agensi aku tak selesai lagi walaupun dah berpuluh kali aku report. walau gaji aku macam orang lain tapi aku tak pernah ckup. kaka aku kata RM1000++ tak cukup untuk hidup di KL.aku tak tahu macam mana duit aku boleh tak cukup. setiap minggu aku menangis. sampai masa, aku mengadu pada kakak aku. tiba-tiba aku terfikir mungkin mak aku tak lepaskan aku dengan rela. senang cerita mak aku tak restu aku datang sini. kakak aku faham dan dye sarankan aku tanya mak aku.
aku telefon mak aku, aku tanya dye. jawapannya "tak bagi pun dah pergi." ayat dye buat aku faham dye tak restu aku. aku pohon untuk mak aku restukan aku.lepaskan aku untuk terus kerja sini dulu. aku perlukan restu dari mak aku.
aku faham mak nak aku kerja kerajaan. dye suruh aku apply cikgu. mungkin itu yang paling mudah baginya.sebab most of my family members are teachers. tapi sebenarnya tak. bukan aku sorang yang apply.bila aku explain, kalau aku dapat cikgu pun, mungkin aku akan ditempatkan sabah or sarawak. semua orang tahu tu sebab aku tak kahwin lagi. dan aku tak nak kawin atas alasan aku nak kerja semenanjung. alhamdulillah mak aku faham walau aku dengar keberatan dye untuk terima alasan aku.
aku jugak perlukan pengalaman. sebab tu aku kerja. aku nak tolong mak aku walau bukan banyak..
alhamdulillah mak aku faham. dan dye cuma pesan untuk jaga diri.
selepas daripada malam tu, rezeki aku mencurah-curah. hidup aku tenang, masalah dengan agensi selesai. even gaji aku sekadar RM1000++, aku still cukup untuk makan, aku still boleh simpan.
satu je aku dapat ucap pada mak aku,. terima kasih banyak-banyak. bukan aku sorang yang sedar benda ni, housemate aku pun sedar. diorang nampak life aku better than before.
terima kasih mak. :)



No comments: