Saturday, July 21, 2012

dendamkah aku?

assalamualaiku...!!

fisrtly, SALAM RAMADHAN.. esok da puasa. im excited. :)

sekian lama aku tinggalkan tempat untuk aku merapu ni... nak kata busy, takde la sangat. nak kata takde benda untuk aku merapu, tak la jugak.  yang pasti aku sangat bersyukur. sangat-sangat bersyukur diberi kesenangan. alhamdulillah aku dah tak payah bersesak naik public transport. tak payah bangun seawal 5 pagi kalau kerja pukul 9 pagi.. alhamdulillah :)


emm..! semalam joining my housemate makan BBQ steamboat kat Cheras.. seriously puas hati berbanding yang penah pergi sebelum ni.harga pun beza 3, 4 ringgit jek. steamboat ni da macam rutin bagi kami. sejak zaman belajar lagi. ada event group kami, steamboat jadi pilihan.:)


semalam pertanyaan bestie aku membuatkan aku berfikir sampai sekarang. sape tak teringat pada kawan baik sendiri. kawan yang sentiasa ada mase susah dan senang pada satu masa dulu.. tapi itu dulu. sekarang, patut lagi ke aku ingat lagi.? patut ke aku panggil kawan lagi.? mungkin sebab dulu aku diam, tidak mengeluarkan sebarang pendapat, berdiam diri lebih baik pada aku. tapi akhirnya, bila aku mula menyatakan sesuatu, kau hentam, kau perli kat FB. aku tak tahu apa yang kau cerita lagi pada orang.


aku ambik keputusan untuk diamkan diri masa kawan-kawan lain luahkan tak puas hati. sebab aku tahu kau tension dan aku pun tak nak tambah tension kau. bila dah reda aku pulak mintak maaf. niat hati nak terus terang perkara yang sebenar. aku tak rase aku ada masalah nan kau. kalau sebab aku tak teman kau makan hari-hari lepas balik kerja, benda tu aku tak rasa aku salah. kau nak kata aku buat cerita, kau silap. sebab kau yang tak ingat apa yang kau cakap. benda ni bukan pertama kali jadi. aku berani sumpah benda tu. masa aku mesej tu, aku mesej bagi pihak aku sorang. tapi KAU balas macam bagi pihak kami.! sumpah aku nangis masa tu.menangis sebab kau tak nampak salah kau. kau asyik salahkan orang. kau EGO! kau fikir kau je betul. ! ya! kau memang selalu tolong aku dulu.! tapi tak bermakna kau boleh pijak kepala aku! kau boleh buat apa sahaja yang kau suka pada aku! aku decide untuk diam lepas tu. malas nak bertekak sebab kau takkan mengaku salah kau.!


bila aku buka FB, kau perli ayat yang aku mesej kat wall kawan kau!. sumpah aku sentap. lagi sentap bila betina tu post kat wall kau tambah perli dengan ayat aku. yup! aku da benci betina tu dari awal sejak dye tuduh aku hasut kau! lepas dye cakap kurang ajar dengan aku  walaupun aku da cakap baik-baik nan dye. lepas tu dengan muka tak malu datang tido kat bilik aku.! huh!


bila orang tanya, penah tak aku ingat kau..? aku memang ada ingat tapi dengan cepat aku tingkah fikiran aku... "tak guna ingat orang macam kau! tak guna ada kawan mcm kau". aku akui kau banyak tolong aku dulu. hari tu, kau dengar cerita sebelah pihak. kau dengar cerita pasal kejadian dalam rumah tu dari betina tu jek. kau sendiri tahu mulut betina tu. kau sendiri pun penah kene. berkali-kali kot.orang takkan kurang ajar kalau betina tu tak kurang ajar. da masuk rumah orang, tak tahu nak hormat orang. kalau dye kurang ajar nan aku, memang la aku diam. tapi hari tu dye kurang ajar nan orang yang salah. nan orang yang mulut lancang jugak. nasib la!


aku tak rasa aku dendam. tapi aku takkan dan tak dapat maafkan kau.! sebab aku rasa tak guna aku nak maafkan kau.. kau sendiri pun tak penah sedar nan apa orang buat baik pada kau.! setelah sekian lama aku diam, malam ni aku lega...



by:
assez.chachers


Saturday, July 7, 2012

Saturday, June 2, 2012

choc cake due stress

assalamualaikum...


fuhh! this week, im really stress...feel tired when i need to wake up early morning for work. bulan ni shift aku pagi. so, kene bangun pagi-pagi bersesak naik bus pegi kerja. then balik petang kene bersesak jugak dalam bus. dengan jammed pulak yang boleh buatkan aku buat lambat sampai rumah. cuti pulak sehari seminggu, aku kene bangun pagi pulak. balik kampung pun aku bangun awal. appreciate time with my love ikhmal :)
stress dengan pelbagai masalah yang mendatang. sampai aku rasa give up hidup di KL ni. nak balik kampung. but i need experienced for my future.


peerrrgghh!!!! melalut pulak.. hehehe..
hokey! pagi-pagi (tak pagi mana kalau dah pukul 10 :P) aku bangun dengan lemahnya. mengantuk weyh! lapar pulak perut aku. rasa nak makan nasik lemak! macam mana ntah aku tetibe rajin boleh buat. tengok-tengok da siap and one of my housemate ngah makan,.. :P
dua orang lagi housemate ku pulak bangun and makan. aku pun makan jugak. tapi yang sedih sambal ikan bilis aku tak berapa nak menjadi. serius aku tak pandai nak buat sambal untuk nasik lemak. tapi habis jugak nasik lemak aku . terima kasih kepada si pemakan-pemakan :)


bila petang, housemate-housemate ku tiada di rumah. diorang ajak, aku tak nak keluar pulak. nak rehat la kunun :P sambil melayan 'my wife is a gangster' teringin pulak nak makan kek time-time stress macam ni. nak keluar, sah-sah aku malas. berbekalkan ilmu dari my bff, cik sue, aku pun buat la kek coklat. oppss!!! teringin jugak nak ada coklat yang cair meleleh. hokey! try to make it :P
aku takde oven tapi aku guna kukusan dari barang-banrang yang ada jek like kuali :P
dan hasilnya......


jeng jeng jeng..... :P



tak sabar nak tunggu housemate-housemate ku balik, aku makan la sikit. tak la sesedap kek yang dijual tapi im satisfied with my work ;)


let me share my recipe. tapi aku tak pernah buat ikut sukatan. tak pandai. main hentam jek. so, aku bagi untuk anggaran jek. it just a simple recipe and save :)

kek:
1/2 cawan gula halus (aku guna gula kasar yang dikisar)
1 cawan margerin
sedikit esesn vanila
2 biji telur
sedikit soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung
sedikit serbuk koko
*campur bahan-bahan di atas sampai sebati, letak dalam bekas then kukus atau bakar :)

toping coklat:
sedikit margerin (dipanaskan di atas api)
serbuk koko (campur dalam mergrein yang dah cair)
susu pekat 
*kacau ketiga-tiga bahan ni atas api sampai rase koko tu masak 

haa... simple jek. aku main campur aje.. hehe..
after tengok kek tu siap, aku rase tenang sikit. hilang stress aku. this is my way to release my stress :)


by::
cik chachers
assez.chachers

Tuesday, May 29, 2012

awesome cuppies

assalamualaikum..!

wah! almost a month aku biarkan blog ini. tiada masa dan tiada cerita untuk di rapukan. hari ni aku datang dengan satu cerita yang aku agak obses! im obses with cup cake.! yes! kawan aku mintak tolong untuk tempahkan cup cake sempena hari guru. dye nak bagi kepada pasangannya. mulanya aku nak tempah dengan kenalan TMIS.  tapi kawan aku ni nak design sendiri. dye ni agak teliti juga la.. nak buat edible image. kenalan TMIS aku bagitahu printer untuk print edible image rosak. di mana harus aku cari..? aku rasa bersalah sebab pertama kali kawan aku  minta tolong hari tu, aku tak dapat tolong. so, kali ni aku rasa perlu la aku tolong. aku pun menggoogle la.. nak cari area yang dekat-dekat la konon. jumpa la satu blog ni. ya ampun. dye ada pelbagai design. semua cantik-cantik.
 aku call untuk bertanya. owner tu bahasakan kak aini. kak aini tu suruh aku hantar dulu design yang aku nak tempah. after email, dye kata boleh. dye letakkan harga. deal dengan kawan aku, kawan aku kata oke. yang aku kenal, kawan aku ni tak kesah pasal harga. yang penting kualiti. hasilnya sangat memuaskan. semalam (28 may 2012) da ambil cuppies tu. 





tapi seriusly aku sangat-sangat obses. setiap hari kalau ada kelapangan, mesti aku akan menggogle cuppies. aku nak makan, rase macam tak sampai hati pula. cantik-cantik design cuppies ni. yang aku terkejut, kak aini ni buat kek berbentuk barbie.! owesome! ehehe! 
oke! rajin-rajin, terjah la blog kak aini - my baby deco
yang kenalan TMIS aku ni, kak yaz namanya. bukan sekadar cake, ade door gift, apam polka dot, macam2 la. singgah la di blog dye - coklat sisters

besides! aku pun gila nak buat kek. malam tu tetiba datang kat kepala otak nak try buat apam polka dot. bile bagi cadangan pada sue, dye pun setuju. kami mencari bahan la malam tu. tapi kami punyer barang tak banyak. so, nak buat yang besar terus. tapi bukan apam yang jadi. sebab yang terjadi adalah kek gebu...
tadaaaa...!  :P


in just 2 days, hanya tinggal pinggan..! ahaha! and right now aku sedang menuggu kek mentega tanpa telur untuk masak! weee..! tak taw la sedap ke tak..ehehe! tapi da tak sabar nak merasa! 
jumpa lagi kalian :)


by: cik chachers
assez.chachers