Monday, September 12, 2016

HEYYY...!!!

...assalamualaikum...



Sekian lama meninggalkan dunia blog.. sangat-sangat lame. kalau dulu sebulan sekali, kemudiam setahun sekali.. sekarang... bertahun-tahun..kekangan waktu dan kemudahan..

2 minggu lepas, sahabat merisik sebab tinggalkan dunia blog
eh..? ada yang menjengah rupanya.

Alhamdulillah hari ni ada kemudahan dan masa..jadi kite gunakam sebaikanya. sebenarnya dunia blog di sini buatkan aku rindu.. rindukan masa-masa aku mula mengenal dunia blog ini. tempat bercerita.. tempat meluah.. tempat peroleh idea dari blog kawan-kawan yang lain.

masa mulakan blog ini, aku di zaman UiTM. sekarang bila dah masuk zaman bekerja.. semuanya tak sama. masa, komitmen, peluang.. takkan sama.

yang pentng apa yang kite dah lalui jadikan sebagai kenangan..
apa ynag bakal dilalui, jadikan sebagai harapan.

mungkin ada peluang kita bakal berkongsi pelbagai perkara. mungkin nanti kite kongsikan resepi resepi untuk kek dan cookies. kite minat sangat buat semua tu..


Sehingga berjumpa lagi..


12/9/2016
10:39pm @ Ofis

Sunday, May 11, 2014

entry kosong

Assalmualaikum..

Sekian lama meninggalkan dunia blog, kini aku kembali tanpa idea. Tiada perihal ingin aku coretkan..

Berkenaan politik ke? Bukan minat aku tapi harus juga aku ikuti perkembangannya.. Berkenaan ape? Kos hidup naik? Mane mane negara pun akan mengalami kenaikan kos sara hidup cuma tidaklah terlalu drastik. Biasalah.. Negara menuju ke arah pembangunan.. Pemimpin menjalankan tugasnya. Harapannya tidaklah membebankan rakyat..

 Berkenaan ape lagi? kualiti moral rakyat kita? Terlalu banyak kes pembunuhan. Dari kes kanak-kanak sehingga orang tua.ada kes anak yang bunuh ibu bapanya sendiri. Semua untuk kepentingan sendiri.kualiti moral dan sivil semakin rendah.setiap hari berlaku pembunuhan.
Nauzubillah...
Minggu lepas, sedih hati terbaca kisah mayat seorang bayi ditemui dalam bekas 'flush' tandas. Astaghfirullah hal azim. Apa dosa bayi itu..? Salahkah dye dilahirkan.? Siapa yang melahirkan.? Tergamak manusia melakukan perkara itu..
Tidakkah manusia yang melakukannya dihantui rase bersalah. Aku pohon aku dijauhkan dari perkara tersebut..
Tidak aku berkelayakan menyatakan apa yang terjadi.. kerana manusia punya cara, punya hidup sendiri.
Telah ditentukan oleh-Nya.

Semoga ALLAH merahmati hidup kita sekalian hamba-Nya..

Wednesday, February 27, 2013

little girl

Mahirah yasmin binti mohd yusni
25 oktober 2012

Dear mahirah, i want you to read this when you know how to read. This is about your mom...

Pada pertengahan bulan 8, ibu maeyah kene pegi hospital.. untuk check perut. Tapi  doktor sahkan uri ibu maeyah dah jatuh. Doktor bagi cuti 2 minggu pada ibu sebab ibu takleh gerak banyak... Lepas 2 minggu ibu kene datang hospital untuk check. Masa tu ibu rase sangat  susah. Ibu kata susah sorang takpe tapi ibu kata da susahkan semua orang sebab orang kene buat keje2 ibu.
Then after 2 minggu ibu g hospital nak dapatkan tarikh masuk wad dan jugak untuk check perut.  Doktor bagi ibu keje tapi next week datang balik. Tu kalau mockma xsilap. Lepas seminggu ibu jumpa doktor lagi.Mase tu doktor kata mungkin pembedahan segera kene buat sebab uri ibu masih lagi kat bawah tapi doktor tak nak sebab maeyah tak cukup bulan. Ibu kene masuk wad sampai ibu lahirkan maeyah.  Maeyah bayangkan ibu tinggal kat wad selama sebulan. 3 minggu ibu dok kat hospital KB. Dari umah maeyah sampai hospital KB  3jam lebih. Abah & abang2 maeyah payah datang jenguk ibu. Jauh, sayang. Mase tu jugak abang yusri demam. Ibu maeyah tak bagi abah jenguk ibu sebab kesian abah nak jaga abang2 maeyah.
Even bukan sehari tapi ibu nan mockmaa selalu contact. Ibu nak bercerita, dan mockmaa nak mendengar. Mockmaa nak balik tolong tapi mockmaa bukan dapat buat ape2 pun.ibu selalu nangis. Tapi ibu kata, mase dye susah tu, orang lain lagi susah dari dye.
Ibu mintak  dok hospital jeli. Boleh pergi. Abah dan abang2 maeyah pun datang jenguk sebab sejam je dari umah maeyah. Seminggu ibu dok situ.. then ibu kene masuk hospital KB balik. Sebab nanti ibu da nak bersalin.
Mockmaa nak jaga ibu maeyah lepas dye bersalin sebab mockmaa paham ibu maeyah susah..mockmaa sampai dari KL 24 oktober malam. Pagi2 25 tu mockmaa nan tok mak g hospital sebab ibu maeyah nak masuk bilik bedah kol 8.30pagi..
Ibu maeyah tenang mase mockmaa jumpa. Dye dok ngaji.
Ibu masuk bilik bedah kol 9.30pagi 25 oktober 2012. Pukul 12 tgh hari baru maeyah kuar. Ibu belom kuar lagi..
MaEyah tau tak? Ibu nak sangat anak perempuan sebab ibu boleh jadikan teman nanti. Ibu maeyah boleh pregnant 3x je sbb sumer operate.
Mase maeyah kuar dari bilik bedah, mak tok, mockmaa and abah maeyah syukur sangat bile tau baby perempuan. Kesusahan ibu mase mengandungkan maeyah diberi ganjaran yang besar. Iaitu maeyah. Alhamdulillah..
Selepas 40 minit baru ibu maeyah kuar dari bilik bedah. 2 hari maeyah kene dok dalam incubator sebab maeyah tak cukup oksigen.  Selepas hari ketiga, mockma kene balik KL sebab cuti dah habes.
Untuk pengetahuan maeyah, 26hb adalah hari raya korban. Ibu langsung tak rase raya korban mase tu. Sebab maeyah..sebab ibu lahirkan maeyah. Mockma tak dapat bayangkan secara keseluruhan ape yang ibu tanggung mase tu sebab bukan mockma yang tanggung. Tapi ibu maeyah..mockma hanya jadi pendengar je kadang-kadang. Abang2 maeyah pun ibu susah nak lahirkan. Abang yusri, ibu sakit 3 hari, angah pulak sakit ibu hanya sehari dan mase tu cuti sekolah.
Ibu susah lahirkan maeyah tapi kesusahan ibu berbayar dengan hadirnya maeyah... semoga maeyah jadi anak ibu yang baik bila besar nanti...


#hey, girl.. i miss you badly :))
Maeyah hari ke 2 selepas keluar dari incubator








By::assez chachers

team activity Part 2

assalamualaikum..

mengabadikan dan menyimpan sesuatu dengan cara dalam talian. bukan dalam ingatan sahaja katanya.. hehe.. Perancangan BBQ ni aku nak sejak pertengahan tahun lepas lagi. bila kene pindah Kelana Park View lagi la aku nak sebab belakang office ada port BBQ yang best. january, TL aku bagi tugas kat aku untuk handle. sebab aku yang beria nak buat,kan??
haa... aku handle maknanya aku bahagi-bahagi tugas la.. haha
sebenarnya aku nak buat kat tempat air terjun ke, pantai ke.. tapi kesian kat yang dah berfamily. then takde plak time yang sesuai.. belakang office pun jadi la.. ada kolam. boleh mandi-mandi jugak.. gittewww...!!!
perancangan dah siap, tugas dah dibahagi. okeyy!!! tunggu hari kejadian sahaja...

awal february, aku tengok jadual aku berubah.. tanya team mate laen, sumer tak, aku dan 2 orang lagi. maknanya 3 dari group termasuk aku dipindahkan ke team lain. yess!! aku menangis.. sedih kot. sebab aku survive dengan diorang dari hari pertama start kerja.. tapi dah nak buat macam mane..

Yang lagi sadis, hari jadual sama yang terakhir adalah hari BBQ. 17 feb 2013.. okey, abaikan perpindahan group.. yang syiookkkk sangat sebab hari tu memang syiookk...!!! memang best bile dapat team yang sporting.. event mane tak ada masalah,kan? tapi team yang sporting watkan sumernya settle.. !!
awanya team lain dijemput  tapi takde yang bagi jawapan nak datang. tapi team leader yang bekerja pada hari tu memang ada datang la...

menu:
- daging lembu & kambing
- jagung
- hotdog
- ayam black papper & biasa
- ubi keledek
- bihun goreng
- brownies
- tembikai
- macaroni fruit salad

lets layan gambar lagi syiookk sebelom aku grumblings lebih-lebih.. haha

TL with edora & siti.
minah 2 orang ni team mate aku yang dulu tapi sekarang da berenti kerja

add on, ada aku nan malissa la


we are girls.. !!! (tapi ada rayyan with is bapak) 
edora & siti. please la korang ni... geng iphone 5.. uhuhu

team guys.. yang dua orang tu bapak budak..
yang lain dalam bujang tang tang..














Dear Team, korang memang best.. hope we will work together in the same team lagi.. hope, this is not the last event with korang.. ngee

by: assez.chachers